Wednesday, April 28, 2010

APA YANG ORANG-ORANG MELAYU DAPAT?


MASYARAKAT CINA YANG TAK UNDI BN DAPAT RM3 JUTA

PUTRAJAYA 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan cek bernilai RM3 juta bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa sebagai menunaikan janjinya bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.


NAJIB Tun Razak menyampaikan cek RM3 juta kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Rasa, Ng Tek Kui di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

Guru Besar sekolah itu, Ng Kin Mooi berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan peruntukan itu sebagaimana yang telah dijanjikan dalam pilihan raya kecil tersebut.

Perdana Menteri berkata, meskipun pada pilihan raya kecil itu masyarakat Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN), ia bukan satu alasan untuk kerajaan bertindak menghentikan peruntukan bagi kaum itu.



JADI MASYARAKAT MELAYU TUNGGU APA LAGI? KALAU yang tidak menyokong pun dapat, masyarakat Melayu yang menjadi tunjang kemenangan BN dapat apa? Takkan tak dapat apa-apa pun!


SETERUSNYA


Orang-orang keturunan India lagi untung. Ahli parlimen pun dia yang dapat kerana kita orang-orang Melayu yang pilih dia. Lepas itu, yang keduanya, G.Planivel dilantik sebagi Senator! Kita orang-orang Melayu Hulu Selangor apa yang dapat? Dan yang ketiganya G.Planivel dilantik sebagai Timbalan Menteri. Kita orang-orang Melayu Hulu Selangor apa yang dapat?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Jadi bangkitlah, perjuangkan hak anda, hak kita, penduduk asal dibumi ini dan hak sebagai penduduk majoriti Hulu Selangor. Hapuskan UMNo, Hancurkan UMNO, Hidup Melayu. Hidup Melayu Hancur UMno. Hidup UMno, hancur Melayu. Hidup UMno, melayu hilang segala-galanya.


Oleh itu, kita kena hancurkan UMno. Kita kena musnahkan UMNO! Kita kena musnahkan BN!


Wednesday, April 21, 2010

BERAPAKAH UMPANAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI HULU SELANGOR!

Ya itulah persoalan yang bermain dibenak saya sejak semalam. Ini adalah kerana pada setiap kali pilihanraya kecil, pastinya ada umpanan yang menarik disediakan oleh BN untuk para pengundi disesuatu kawasan pilihanraya itu.


Tanpa umpanan projek-projek mega, tanpa umpanan projek khidmat bakti segera, untuk menolong membaiki atap, paip bocor, longkang tersumbat, dan sebagainya tanpa pemberian peruntukan itu-ini, tanpa penyampaian hadiah keputusan cemerlang UPSR, PMR, SPM dan lain-lain program maka akan terasalah kekurangan persediaan BN untuk menghadapi pilihanraya itu.



Semalam semasa semang-sembang kedai kopi, saya bertanyakan beberapa orang pemuda sejauh manakah pembangunan yang dijanjikan di Manik Urai oleh BN telah dilakukan? Jawabnya, oh pembangunan yang dilakukan oleh BN itu begitu hebat sekali, sesuai dengan gelaran yang diberikan selama ini kepada BN yang hanya pandai berjanji semasa pilihanraya, kalau dapat dilaksanakan semasa pilihanraya itu, maka beruntunglah rakyat setempat, tetapi kalau selepas pilihanraya, macam biasalah janganlah harap. Apa-pun tarak!


Katanya lagi, datanglah sendiri ke kawasan Manik Urai untuk memastikan kata-katanya itu betul atau pun tidak.


Seterusnya beliau menjangkakan dalam PRK Hulu Selangor ni, BN akan mencapai kemenangan besar. Yalah kerana semua orang kelabu mata, pendek akal fikiran kalau duit dah ada depan mata dan banyak pula nilainya. Hanya pejuang sejati, pejuang yang cekal sahaja tidak akan tersungkur, tidak akan rebah dengan sogokan duit yang banyak.


Katanya kalau di Manik Urai dulu, setiap pengundi diumpan sebanyak RM1000 seorang hanya untuk BN memenangi DUN. Maka tentunya untuk memenangi kawasan parlimen Hulu Selangor, adalah dijangkakan setiap pengundi akan disogok sebanyak RM2000 seorang. Kalau tidak diberikan pula, jawabnya pengundi-pengundi akan lari mengundi pembangkang. Ya lah sebagi pengundi-pengundi tentunya mereka tentu mengharapkan BN menghulurkan umpan yang biasanya diberikan ditempat lain, takkan di Hulu Selangor ni tak diberikan pula?


Harapan mereka untuk mendapatkan WANG BESAR, WANG BESAR tentulah berdasarkan perkembangan semasa yang menarik, yang mana begitu banyak, begitu ramai orang-orang besar parti PKR melompat parti meninggalkan PKR dan memasukki UMNO. ada Ketua wanita PKR, ada doktor peribadi pucuk pimpinan PKR, ada ADUN PKR dan bermacam-macam lagi aktiviti lompat melompat.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Jadi melihatkan begitu galaknya senario lompat melompat pemimpin-pemimpin PKR untuk menyertai BN, maka rakyat mesti tertanya-tanya berapakah harga yang dibayar kepada mereka yang berkenaan untuk melompat tu.


Eh, kalau mereka pemimpin-pemimpin PKR lompat tu harganya mestilah tinggi. Kita sebagai pengundi pun ada harganya juga tahu. Berapakah pula harga kita untuk mengundi BN? RM2000 cukup kot? kalau BN bayar bolehlah kita undi BN! kalau tidak, kita tak payahlah undi BN kita tak rugi apa-apa pun. Kita pun ada harga tau. Tungu dan lihat, BN bayar tak undi kita. Berbaloi tak bayaran yang dibuatnya kepada kita?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Hai beruntungnya orang-orang Hulu Selangor tu. Setiap undi anda amatlah berharga dan harganya begitu tinggi bayarannya dibayar oleh BN. Patutlah ada orang yang beria-ia sangat nak jadi calun bebas! rupanya-rupanya untuk memastikan BN ditentang dan sekiranya calun BN itu tak hendak ditentang, dapatlah sedikit habuannya untuk menarik diri dan BN pula mendapat sedikit extra mileage dalam pilihanraya itu.


Kesiannya BN, sudah sampai kesitu tanggapan dan harapan pengundi-pengundi kepada BN. Kenapa jadi macam ni? Betulkah bayaran itu dilakukan oleh BN dalam PRK-PRK sebelum ni ataupun ianya harga yang diletakkan oleh rakyat untuk mengundi BN?


Kalaulah rakyat meletakkan harga itu untuk mengundi BN, ianya mungkin ada kaitan dengan precedent yang dimulakan oleh BN sebelum ini ditempat-tempat lain. Mungkin ianya ada kaitan dengan program "jom balik kampung, undi BN" atau mungkinkah ianya ada kaitan dengan rakyat melihat para pemimpin BN rata-ratanya memilikki kereta mewah, rumah besar bagaikan istana, lagak bagaikan putera raja dan sebagainya.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Ianya mungkin juga ada kaitan dengan keupayaan pemimpin-pemimpin BN mendapat projek-projek mega membina stadium, hospital, jalanraya, pembinaan lebuh raya, pemilikkan saham dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, keuntungan penjualan pasir ke Singapura, Pengedalian Pelabuhan Kelang dan lain-lain. Maklumlah rakyat hari ni memilikki peralatan canggih untuk mengetahui dan menyampaikan sesama mereka maklumat terkini. Mungkin dengan itu mereka ingin dapatkan sebahagian kecil apa yang dimilikki oleh pemimpin-pemimpin BN.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Mungkin itu, mungkin ini, hanya rakyat sahaja yang lebih mengetahuinya. maklumlah bilangannya ramai menyebabkan mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Tentang andaian yang dibuat oleh rakyat sana sini, tak tahulah entahkan betul, entahkan tidak, fikir-fikirkanlah sendiri dan buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan negara anda.



NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.
Tanggungjawab kita semua
tidak kira apa bangsa
tidak kira apa kedudukan kita
tidak kira siapa kita
bukannya hanya diserahkan kepada pemimpin negara
yang hanya pandai berkata-kata
yang hanya menghabiskan segala khazanah negara
dengan kuasa yang ada pada mereka
dengan menggunakan segala jentera
dengan menggunakan segala media massa
semata-mata untuk mengekalkan kuasa
demi untuk menjadi semakin kaya, kaya, kaya
walaupun rakyat terus sengsara
peduli apa mereka
asalkan mereka terus berkuasa dan makin kaya
itulah pemimpin-pemimpin BN kononnya pemimpin negara
yang menjadikan negara porak poranda
habis segala khazanah negara
untuk kekalkan kuasa
untuk memastikan saudara mara dan kroni kaya raya
untuk memenangi pilihanraya
akhirnya kita,
negara dan rakyat yang jadi mangsa!
maka sudah tiba masanya,
tiba ketika dan waktunya
bangkit kita semua
bangkit kita semua rakyat jelata
menjalankan tanggungjawab kita,
menggunakan segala kuasa kita
selamatkan negara kita,
negara kita tanggung jawab kita!



Zaid ajak rakyat Hulu Selangor lawan rasuah
Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 23 April: Walaupun Umno/BN dalam pusingan akhir berkempen melambakkan wang rasuah kepada para pengundi, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengingatkan jentera dan rakyat supaya terus komited menolak gejala rasuah.

“Sekali lagi, saya nak ingatkan kita (Pakatan Rakyat) tak perlu bimbang, kita tak perlu takut untuk terus memupuk kepercayaan kepada pengundi.

“Rakyat di Hulu Selangor pun, saya yakin tidak bersedia menerima rasuah,” jelas beliau pagi tadi di Pusat Media dan Informasi, Kuala Kubu Baru.

Beliau yang juga seorang Koordinator Pakatan Rakyat berkata, sekiranya kuasa rasuah dan politik wang Umno berkesan dalam pilihan raya tanah air, maka sudah tentu kesemua 222 kawasan Parlimen di Malaysia telah pun dimenangi oleh Umno/BN.

“Kalau rasuah boleh memenangkan mana-mana calon BN, maka kesemua Parlimen jadi milik mereka, mengapa ada ahli Parlimen pembangkang sekarang ini,” soalnya.

Tambahnya lagi, keputusan rakyat memilih kesemua 80 ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) sebenarnya demi menyelamatkan Malaysia daripada terus dibinasakan oleh gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bercakap di depan lebih 20 wartawan di sini, beliau sendiri terpaksa mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan ketidakbebasan mahkamah di Malaysia serta penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara zalim.

Dalam pada itu, beliau dilihat seakan menyindir Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Tun Razak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran berleluasanya amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa pada pilihan raya kali ini.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Nampaknya saya dalam pilihan raya kali ini terpaksa berlawan dengan individu yang dianggap terkaya di Malaysia (Nazir), adik kepada Najib,” jelas beliau dalam nada yang kesal.

“Saya juga terpaksa berdepan dengan Perdana Menteri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, itulah yang saya perlu hadapi kalau mereka amalkan rasuah di Hulu Selangor.”

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sebelum itu, Ketua Strategik PKR, Tian Chua mendedahkan tentang beberapa kes sogokan bernilai RM1,000 kepada keluarga tertentu di Hulu Selangor.

“Keluarga tertentu ada yang dah terima sejumlah RM1,000 dan ada yang menerima lebih dari itu,” jelas beliau.


Dengan dua hari lagi untuk berkempen, beliau menasihatkan supaya jentera Umno/BN kembali mengamalkan kempen politik yang lebih beretika dan bermaruah kerana pilihan raya kecil kali ini diadakan bukannya untuk memilih Ketua Cawangan Umno.


Sebaliknya, menurut beliau, pilihan raya kali ini untuk memilih seorang ahli parlimen yang benar-benar berani lagi ikhlas untuk mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak.


Turut menyertai Zaid dan Tian adalah Fuziah Salleh, Pengarah Pilihan Raya PKR dan Latheefa Koya, Ketua Penerangan PKR.


SUARA RAKYAT

BN habis belanjakan wang rakyat
Gundam Seed Apr 24, 10 8:56am
Assalamualakum dan salam sejahtera.

Saya adalah seorang rakyat biasa yang menjadi pemerhati gelagat politik di tanah air khususnya pada pilihan raya yang akan berlansung di Hulu Selangor.

Sebagai seorang penjawat awam yang menjaga aset kerajaan, saya serba sedikit tahu yang kerajaan tidak mempunyai dana yang banyak untuk mentadbir negara.

Ia bermula pada awal tahun ini apabila kerajaan mengumumkan peruntukan untuk setiap kementerian akan dipotong sebanyak 20-50 peratus.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Tergerak di hati saya untuk menyatakan rasa kecewa apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan dan menjanjikan pelbagai peruntukan yang akan diberikan untuk rakyat di Hulu Selangor yang mungkin dah mencecah bilion ringgit. Walhal negeri-negeri lain dan juga kawasan-kawasan lain juga memerlukan peruntukan secara adil dan saksama.


Oleh itu, saya mohon pihak Malaysiakini menyenaraikan berapa banyak jumlah peruntukan yang telah pihak kerajaan BN bazirkan semata-mata untuk menang pada pilihanraya ini dan sebarkan agar rakyat tahu bagaimana duit mereka dibazirkan dan hak mereka diketepikan.


Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la orang-orang melayu merempat


Sunday, April 18, 2010

HULU SELANGOR UJI KEBERKESANAN BN DALAM PEMILIHAN CALUN

MUNGKIN pada sesetengah orang, Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hanya satu lagi episod pilihan raya kecil yang biasa-biasa sahaja. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Walhal, sebenarnya natijah keputusan yang bakal dicapai sebenarnya adalah lebih besar dan jauh bermakna daripada angka tunjuk atau indikator yang tercipta.


Dengan mengambil kira komposisi kaum dan strategi parti lawan yang meletak calon yang berprofil tinggi, kita patut melihat ada percaturan besar di sebalik pilihan raya kecil itu. Tentu agendanya juga sangat besar kerana impak itu akan turut mewarnai pilihan raya yang lebih besar yang akan tiba dalam tempoh terdekat ini.


Sekiranya ini gagal ditafsir, dibaca dan diteliti oleh parti pemerintah dan hanya mendengar desakan dari parti komponen semata-mata, dikhuatiri kita bakal terjerumus ke dalam tragedi yang parah dan sukar untuk dipulihkan kembali.


Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Teluk Kemang bukan boleh disandarkan semata-mata dengan momokan sinis bahawa kepercayaan rakyat telah pulih. Ini kerana kredibiliti calon di pilihan raya berkenaan adalah berbeza dengan calon di Hulu Selangor. Itu sudah tidak boleh dijadikan analogi mudah lagi.


Perbandingan paling mudah kalau mahu dijadikan kayu pengukur adalah pilihan raya di Bukit Selambau, Sungai Petani. Itu adalah yang terbaik sekiranya mahu dijadikan perkiraan. Ini kerana situasi dan komposisi latar adalah lebih mirip. Maka bertitik tolak daripada perkiraan itu, sesiapa yang ingin kemenangan mesti memberi fokus terhadap kelemahan-kelemahan sewaktu menangani isu pilihan raya di sana.

Impak kekecewaan pengundi tidak boleh diambil mudah dengan hanya meniup slogan-slogan 1Malaysia. Kita juga tidak lagi boleh memaksa pengorbanan demi pengorbanan atas dasar setiakawan kerana setiakawan apakah yang pernah diperoleh oleh kumpulan majoriti diam selama ini? Apakah yang didapati oleh Kaum Melayu yang merupakan pengundi majoriti disitu? Apakah yang didapati oleh kaum Cina yang merupakan kelompok kaum pengundi yang terbesar disitu? Adakah dengan keadaan senario terkini dan komposisi sedemikian membenarkan BN membuat kesilapan memilih calun dari etnik yang terkecil untuk mewakilinya?


Adakah BN dah lupa yang pengundi Hulu selangor telahpun menolak calun dari MIC pada pilihanraya yang lepas? Bukankah sekiranya calun itu datang dari IPF , PPP atau Makkal Sakhti, ianya dapat memberikan impak yang lebih baik berbanding dengan calun MIC? Itupun sekiranya BN tetap ingin mempertaruhkan calun dari keturunan India di kawasan itu.


Pemerintah tidak boleh alpa pada satu hakikat bahawa kumpulan penentu kemenangan di kawasan ini tidak boleh dipastikan. Di sini, pengundi angkatan tentera dan polis tidak seramai mana. Sebaliknya, di Bandar Proton terdapat lebih daripada 2,500 pengundi yang berasal dari negeri Kelantan berdaftar.


Dengan pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) yang begitu kabur hala tujunya dan dengan slogan 1Malaysia yang sudah dipanggang rangup oleh pembangkang di pelbagai saluran mereka, sudah tentu kerja meraih undi di sini bukan semudah perkiraan di atas meja.


Kita juga patut tahu, bahawa jentera parti pemerintah Selangor telahpun digerakkan ke arah menakluk semua pengundi-pengundi ini. Mereka ada beberapa strategi lain yang mungkin masih sulit, tetapi tentu ia amat ampuh dan merbahaya.


Kenyataan yang patut kita lihat dengan mata yang terbuka adalah siapakah calon yang layak bertanding mata ke mata dengan calon besar yang telah disogokkan mereka?


Jangan pula dipandang sinis kemampuan Datuk Zaid Ibrahim sebagai ahli politik, bekas menteri, peguam terkenal dan ahli perniagaan kaya raya. Bersama pakar strategi yang berdiri di belakangnya, adakah calon kecil yang bakal diketengahkan boleh menjamin air muka pemerintah negara?


Menabur janji dan projek bukan lagi strategi terbaik untuk menang. Kini, dengan kebijaksanaan dan keterbukaan informasi, sudah tidak ada yang rahsia. Maklumat pula sudah tidak boleh diputar belitkan. Kata-kata penceramah tidak lagi boleh stereotaip dan dalam bentuk gema semata-mata.


Paling ditakuti, malah perlu digeruni bahawa percaturan yang salah bakal menghantar signal yang silap sehingga rakyat menganggap suara mereka tidak berharga atau dihargai kerajaan lagi. Kata-kata bahawa pendapat akar umbi akan diambil kira sudah menjadi seperti satu retorik semata-mata. Akhirnya mereka akan berpaling tadah untuk mencari satu wadah perjuangan baru atau sekadar melampiaskan rasa marah semata-mata.


Contohnya permintaan dari akar umbi UMNO sendiri yang minta wakil UMNO dipilih sebagai calun sepatutnya janganlah dipandang remeh, dipandang rendah dan tidak dihargai oleh pucuk pimpinan BN yang sememangnya diketuai pucuk pimpinan UMNO sendiri. Impaknya amat-amat besar, kerana ianya memberi signal atau isyarat kepada ahli-ahli UMNO diseluruh negara, menyebabkan ahli-ahli UMNO seluruh negara hilang kepercayaan kepada UMNO!


Bayangkan. Bayangkan jika ahli-ahli UMNO hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO. Apa akan jadi? Ingatlah tuntutan yang dibuat baru-baru ini bukan hanya melibatkan ahli-ahli biasa UMNO tetapi terdiri dari ahli-ahli jawatankuasa cawangan, jawatan kuasa bahagian, naib ketua bahagian, bekas ketua bahagian UMNO dan sebagainya.


Jika permintaan mereka, orang kuat Umno sendiri ditolak, apa lagi harapan ahli-ahli UMNO diseluruh negara tehadap Najib dan Muhyiddin! Mungkin Muhyiddin masih boleh terselamat sekiranya beliau mengambil tindakan segera memperkukuhklan kedudukannya dalam UMNo tetapi jika terlambat, maka kedua-duanya akan ditolak oleh ahli-ahli UMNO diseluruh negara. Masa itu sudah terlambat untuk kedua-dua pemimpin ini menyelamatkan diri mereka.


Ingatlah, keputusan pilihan raya kecil tidak semestinya membawa riak yang kecil dan impak tidak seberapa. Tetapi, rentetan riak-riak kecil ini akan bersatu menjadi gelombang besar kekecewaan yang akhirnya menggulung menjadi tsunami besar terakhir yang akan memusnahkan legenda yang pernah kita cipta.


Ingat sebelum kena dan berjimat sebelum habis. Perhatikan pepatah ini supaya kita masih boleh mewariskan negara tercinta kepada generasi akan datang dengan megah dan bangganya dan bukan dikutuk sebagai pengkhianat yang memusnahkan peradaban selama lebih separuh abad.

DR. AHMAD ZAKI ISMAIL

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kuala Lumpur

Saturday, April 10, 2010

RENCANA UTUSAN MALAYSIA 10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431

''SAYA minta (biar) saya tentukan calon sebab kita hendak menang. Kalau kalah bukan MIC sahaja kalah, tetapi BN kalah. Kalau menang, bukan MIC menang tetapi BN menang.''

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Penegasan ini dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Shah Alam pada Rabu lalu dan sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung parti komponen manakah yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Sebaik sahaja kerusi Parlimen Hulu Selangor diisytiharkan kosong berikutan penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu, maka wujud perbahasan siapakah yang patut mewakili BN.

Desakan akar umbi dikatakan begitu kuat mahu UMNO kembali bertanding di situ setelah kali terakhir berbuat demikian pada 1955 dalam pilihan raya majlis perbandaran.

Apatah lagi, keputusan pilihan raya umum lalu seolah-olah menyaksikan 'keganjilan' apabila BN mampu menyapu bersih tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen tersebut tetapi di peringkat Parlimen, BN yang mempertaruhkan Datuk G.Palanivel tewas dengan majoriti 198 undi kepada Dr. Zainal Abidin.

Tiga kerusi DUN berkenaan ialah Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali.


ULASAN: SEPATUTNYA BN SUDAH BOLEH MEMBUAT KESIMPULAN YANG PENGUNDI HULU SELANGOR DAH MENOLAK MIC!


Untuk rekod sejak pilihan raya umum 1959, kerusi Parlimen Hulu Selangor ditandingi masing-masing sebanyak enam kali oleh MCA dan MIC manakala UMNO masih belum berpeluang bertanding di situ kecuali ketika pilihan raya majlis perbandaran pada tahun 1955.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Desakan untuk memberi peluang kepada UMNO bertanding kali ini juga semakin ketara apabila statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di kawasan Parlimen berkenaan seramai 34,020 adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi Cina dan India (12,453 pengundi).

Bagaimanapun melalui kenyataan Najib yang juga Pengerusi BN bahawa parti itu akan tetap meletakkan calon MIC, maka soal siapa paling layak bertanding di situ sudah tidak timbul lagi.


BN khususnya UMNO tidak harus memandang remeh soal memberi keyakinan kepada golongan pengundi tersebut memandangkan keputusan pilihan raya di kawasan itu sebelum ini membuktikan bahawa pengundi Melayu boleh menjadi faktor kekalahan kepada parti berkenaan.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Cabaran untuk BN akan menjadi semakin getir jika pembangkang meletakkan calon Melayu. Ia kerana berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1990, 1999, 2004 dan 2008, ia menunjukkan angka perolehan undi yang 'menggerunkan' memihak kepada pembangkang.


Contohnya, pada tahun 1990 walaupun tewas melalui calon mereka Nazar Yakin, pembangkang meraih undi sebanyak 11,857 undi, ia diikuti pada tahun 1999 apabila jumlah undi pembangkang meningkat kepada 13,548 undi melalui calon, Dr. Halili Rahmat (Adil), kemudiannya 2004 melalui Ismail Kamus (Pas) dengan 13,324 undi.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Pilihan raya umum lalu boleh dianggap kemuncak perolehan undi kepada pembangkang apabila Dr. Zainal Abidin memperolehi sebanyak 23,177 undi sekali gus menamatkan penguasaan BN dalam 11 pilihan raya sebelumnya.


Secara hitungan kasar jika keputusan mulai 1990 diambil kira, pembangkang mempunyai tidak kurang 10,000 pengundi tegar yang memihak kepada mereka, jika calon Melayu dipilih bertanding. Ini jelas apabila pada tahun 1995, pembangkang meletakkan calon bukan Melayu, mereka hanya berupaya meraih 1,231 undi sahaja.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Mungkin di kalangan penyokong BN tidak senang dengan fakta ini, tetapi fakta tetap fakta. Ia kerana hak menentukan siapa yang mahu diundi bukan terletak kepada BN tetapi di tangan pengundi. BN hanya mampu berusaha meyakinkan mereka sahaja untuk menyokong parti tersebut.


Tidak dapat dinafikan di atas kertas, BN mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mencapai kemenangan tetapi keyakinan sahaja tidak mencukupi. Sebaliknya usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan bagi memastikan pengundi tanpa mengira kaum akan memihak kepada BN.

Seperti mana pandangan Perdana Menteri, BN tidak boleh menang dengan hanya bergantung kepada undi orang Melayu sahaja.

Tambahan pula daripada tiga DUN yang dimenangi oleh BN, hanya dua sahaja dengan majoriti agak selesa iaitu 3,549 undi di Hulu Bernam dan 2,179 undi di Batang Kali, manakala di Kuala Kubu Baharu, undi majoriti yang diperolehi oleh BN hanya 448 undi.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Kalau dibandingkan dengan perolehan undi majoriti pada pilihan raya umum 2004, ia 'lebih ngeri' memandangkan pada tahun itu kesemua calon BN di ketiga-tiga DUN tersebut mendapat antara 6,000 hingga 8,000 undi.

Oleh itu gerak kerja seperti mana digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu parti komponen tidak lagi tertumpu kepada kaum yang mereka wakili adalah pendekatan yang tepat.

Selain memberi kelebihan kepada BN untuk membuktikan bahawa ia memperjuangkan nasib semua kaum, corak kempen seperti itu juga akan 'menyingkirkan' sebarang persepsi mengenai calon yang 'dipertaruhkan' oleh BN.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Dalam situasi pilihan raya yang dianggap sengit kali ini, satu undi sekali pun dianggap amat penting. Jadikanlah kekalahan tipis 198 undi sebagai satu pengajaran. Jangan terlalu leka dan mendabik dada bahawa senario kini sedang memihak kepada BN.

Pembangkang tiada apa-apa modal untuk terus mempertahankan kerusi berkenaan berikutan pelbagai kemelut yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.

Justeru BN perlu merancang strategi daripada sekarang dan bukannya terus berteka-teki soal siapa calon yang akan mewakili parti itu. Soal calon biarlah Perdana Menteri menentukannya dan diumumkan oleh Muhyiddin pada Khamis depan.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Najib sudah tentulah amat memahami kepentingan kerusi Parlimen Hulu Selangor, oleh itu beliau pastinya akan membuat keputusan yang tepat.

Mungkin pelbagai pihak termasuk dalam MIC boleh memberikan pandangan, tetapi kata pemutus tetap di tangan Perdana Menteri. Jangan pula nanti ada di kalangan pemimpin MIC yang 'merajuk' kerana calon favourite mereka tidak terpilih atau bimbang jika seseorang itu dipilih, dia boleh memberi ancaman politik kepada mana-mana pemimpin.

Semua itu tidak harus dimasukkan dalam perhitungan bagi 'pertempuran' di Hulu Selangor kerana bak kata Najib yang menang atau kalah bukan MIC tetapi BN!

Wednesday, April 7, 2010

WAHAI BANGSA MELAYU BANGKITLAH!

Duhai bangsaku bangkitlah, sedarlah dan bertindaklah sebelum terlewat!

Kepada siapa lagi kita akan bergantung untuk menentukan bhawa bumi, negara dan kawawan yag kita pijak ini milik kita orang melayu penduduk asal negara ini untuk berkurun-kurun lamanya atau kita dengan relanya menyerahkan bumi tercinta ini kepada bangsa-bangsa pendatang yang hanya baru datang ke bumi ini tidak sampai pun seratus tahun.

Bangkitlah bangsaku. bangkitlah, berjuanglah dengan gagah berani. Bukankah anda semua keturunan Dato maharaja Lela, Keturunan Dato' Hang Tuah yang menyatakan "MELAYU TAKKAN HILANG DIDUNIA INI". Bukankah antara kita ada keturunan Dol Said, ada keturunan Mat Kilau, Dato Bahaman dan sebagainya terlalu banyak untuk ditulis.


Tetapi adakah perjuangan kita sama macam tok nenek kita itu. Bangunlah. bangunlah. pastikan tanah yang kita pijak ini tidak jadi milik orang, tidak dikuasai oleh orang sedangkan kitalah yang menjadi pengundi majoriti di kawasan kita ini. Kenapa kita hendak serahkan kawasan ini kepada suku sakat Samy Vellu tu.


Bangkitlah, sampaikanlah salam kesedaran kepada kawan-kawan kita, saudara kita, jiran-jiran kita yang kita sudah terkepit dan sudah terdesaka rayulah mereka untuk turun sama-sama mengundi orang Melayu, untuk memastikan orang Melayu tidak hilang di bumi Melayu. Kalau mereka ingin bersama kita, biarlah orang kita yang menjadi pemimpin, biarlah orang Melayu yang menjadi pemimpin. Ataupun sekurang-kurangnya calun itu tidaklah mewakili parti perkauman kaum berkenaan seperti MCA dan MIC. Jika dari parti pelbagai kaum, itu memang kita boleh terima sesuai dengan konsep 1 malaysia atau Malaysian Malaysia.

Tentunya kita tidak lagi mahu terjajah dibumi sendiri, diperintah dan dikuasai oleh suku sakat Samy Vellu yang tidak sampai pun 20 peratus bilangan pengundinya.

Ingatlah jika kita terjajah, ianya bukanlah salah orang lain teapi salah kita, salah orang-orang kita yang mengundi menyokong penjajah yang menjadi warganegara dibumi kita.


BEBASKANLAH DIRI KITA DARI BELENGGU PENJAJAHAN MINDA yang mendesak, mengasu dan mendidik kita terus mengundi sesiapa yang dicalunkan oleh BN. Kita hendaklah berfikir sama ada kita ini merdeka dibumi semdiri atau terjajah dibumi sendiri?

Mahukah anda terus-terusan melihat kawasan Parlimen Hulu Selangor diwakili oleh MIC?. Mahukah? Bukankah anada adalah orang lebih baik dari wakil MIC itu untuk menjadi calun dan seterusnya bergelar Ahli Parlimen Hulu Selangor? Bukankah ada saudara-saudara anda, kawan-kawan anda ataupun jiran anda yang lebih layak dari kaum pendatang itu untuk menjadi wakil rakyat kawasan anda.


Kenapakah tiada seorang pun orang Melayu kawasan Hulu selangor yang terpilih untuk mewakli BN di kawasan ini. Kenapa, kenapa? kenapa? atau orang-orang Melayu dikawasan ini dianggap bodoh, lemah dan hanya layak menjadi pengundi untuk menyokong calun-calun MIC sahaja. tidak ada yang berani, tidak ada yang pintar. tidak ada yang berkebolehan.

Jika anda dapat menerima kenyataan-kenyataan yang mengatakan orang-orang Melayu Hulu Selangor tidak ada yang berani, tidak ada yang pintar. tidak ada yang berkebolehan, tidak ada yang layak, maka undilah calun MIC tu.



Sunday, April 4, 2010

NAJIB UGUT PENEROKA FELDA SUNGAI TENGI, KUALA KUBU

http://idrisahmad.wordpress.com
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengunakan pentas Felda untuk mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Sabtu lepas.


Beliau yang juga Pengerusi BN mengingatkan para peneroka di Hulu Selangor bahawa BN hanya akan memberikan bantuan dan memacu kepada perubahan jika mereka memberikan kemenangan besar kepada BN dalam Pilihanraya kecil parlimen disitu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Ya! bantuan hanya diberikan jika BN menang. Beliau lupa bahawa BN telah menang besar di kesemua tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor pada 2008, tapi tak adapun bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada penduduk Hulu Selangor yang memberikan mereka kemenangan di ketiga-tiga kawasan DUN parlimen Hulu Selangor!

Aduhai kesiannya peneroka-peneroka Felda. Peneroka Felda sentiasa menjadi sasaran Najib, sedangkan hakikatnya beliau hanya menumpang kejayaan Felda yang diwariskan oleh Ayahnya, Tun Razak.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Najib memberi peringatan serius kepada warga Felda di Hulu Selangor bahawa 25 haribulan (hari pengundian) mereka kena undi BN. Hanya dengan memberikan bantuan dan kepercayaan kepada BN barulah Yayasan Kelana Ehsan akan diarahkan untuk membantu mereka.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

PAS juga mengingatkan para peneroka agar tidak lupa kes 25,000 peneroka, yang ditindas oleh Felda. sehingga kini Felda masih gagal memulangkan RM425,000.00 (Ringgit Malaysia 425 juta) duit peneroka terbabit yang disimpan dalam tabung tanam semula, walaupun mahkamah telah keluarkan arahan. PAS mahu peneroka bertanya kepada Felda, ke manakah duit itu telah pergi hingga mereka tidak mampu mengembalikannya kepada peneroka yang menuntutnya?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

PAS juga mengingatkan peneroka Felda agar tidak terpedaya dengan projek perumahan RM32 juta yang turut diumumkan Najib. Projek yang terletak di kawasan Felda Soeharto seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah bakal dijual kepada para peneroka dengan harga RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah..


Jika wang tabung pun boleh lesap, inikan pula projek perumahan yang baru dipecah tanah. Peneroka juga jangan lupa bahawa banyak lagi projek perumahan yang masih terbengkalai diseluruh negara, dan perkara yang sama tidak mustahil akan berlaku, walaupun ketika itu peneroka sudah dikehendaki membayar duit pinjaman Bank. Di mana Felda mahu cari duit RM 32 juta untuk selesaikan projek berkenaan sedangkan hutang RM 425 juta belum mereka selesaikan?


PAS yakin, peneroka yang bijak akan menolak BN. Fikir-fikirkanlah sebelum anda menyesal dikemudian hari.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

PAS mengingatkan Perdana Menteri agar sedar kedudukannya dan tidak mengunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk turun berkempen di Hulu Selangor. Gaji beliau semasa turun memecah tanah pada sabtu lepas di Felda Soeharto adalah dibayar dari duit rakyat bukan duit BN. Beliau perlu hormati tarikh sebenar dan tidak berkempen mengunakan jentera Kerajaan sebelum hari penamaan calon. Kalau mahu berkempen gunalah jentera BN sepenuhnya, jika tidak rakyat dengan jelas sudah melihat bahawa jentera BN begitu lemah sehingga terdesak meminjam jentera Kerajaan yang digajikan dengan duit rakyat.


Saturday, April 3, 2010

RINTIHAN PENEROKA PRK Hulu Selangor

‘Tunaikan janji kamu sebelum penamaan calon’ - Bekas Peneroka Felda

Saturday, 03 April 2010 11:40 AM Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.

Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.

“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh secara beransur-ansur,” katanya

Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya berjanji sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam pilihanraya tetapi sebaik menang calon itu, mereka gagal melunaskannya walaupun memenangi kerajaan persekutuan.

“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula.

“Kalau janji selepas plihan raya sudah banyak kali kami dengar dan semuanya hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap bebanan buat kami anak peneroka,” katanya.


Bagi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.

Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.

“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhir ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penentu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.

“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.

Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya.


Thursday, April 1, 2010

PENGUNDI HULU SELANGOR MAHU PEMIMPIN UMNO LETAK CALON MELAYU

BERITA HARIAN -2010/04/02
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Ramli Abd Rahman meminta supaya kerusi Parlimen Hulu Selangor dikembalikan ke pangkuan Umno selepas hampir 51 tahun 'diserahkan' kepada MCA dan MIC.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Beliau berkata permintaan ahli-ahli Umno di kawasan berkenaan sepatutnya diterima pucuk pimpinan setelah hampir 10 penggal mereka bersabar dan beralah dalam isu itu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

"Pada pendapat saya, setelah lebih 50 tahun kerusi parlimen Hulu Selangor terlepas dari tangan Umno, eloklah dikembalikan semula kerusi itu kepada Umno, tidak ada salahnya pun jika Barisan Nasional (BN) mengikut suara rakyat dan Umno meminta balik kerusi yang telah dipinjamkannya itu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

"Ini soal hak dan rintihan rakyat Hulu Selangor yang mahukan UMNO kembali berkuasa di kawasan itu.

"Calon MIC sudah bertanding di Hulu Selangor selama enam penggal sejak 1986 dan tibalah masanya Umno meletakkan calonnya di pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


''Maka, adalah lebih baik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, kita letak calon dari UMNO menerusi sistem penggiliran ini.

''Malah, meletakkan calon UMNO bagi mewakili BN juga dilihat dapat memenuhi tuntutan serta hasrat pengundi di kawasan itu pada masa ini yang mahukan calon Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Sebelum ini, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mencadangkan supaya timbalannya, Datuk G Palanivel mewakili BN untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Palanivel adalah Ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal sejak 1990 sebelum kalah pada 2008.


Kerusi parlimen Hulu Selangor dimenangi calon wanita dari Umno, Halimathon Saadiah pada pilihan raya umum 1955, pilihan raya persekutuan yang pertama sebelum negara mencapai kemerdekaan dua tahun kemudian, dan ''diserahkan'' kepada MCA pada pilihan raya umum 1959 sehingga 1982 dan seterusnya ''diserahkan'' kepada MIC pada 1986 sehingga kini.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Ramli yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor turut memohon supaya pucuk pimpinan BN mempertimbangkan pandangan majoriti pengundi semua kaum serta pemimpin BN di Hulu Selangor dalam membuat sebarang keputusan berhubung soal calon.

NOTA:

  1. Pemimpin yang macam inilah yang diperlukan oleh UMNO iaitu yang memperjuangkan kepentingan kaum melayu, yang tidak membiarkan hak dan kepentingan orang Melayu diberikan kepada yang bukan hak, yang tidak berhak.

  2. UMNO janganlah jadi pengkhianat Melayu, yang akan menyebabkan orang Melayu benci, benci dan teramat benci kepada UMNO.
  3. Janganlah : MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI



BERITA HARIAN - 2010/03/29
HULU SELANGOR: Penduduk mahu Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin Umno bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, berkata pemilihan calon Umno penting kerana 53.94 peratus daripada 63,000 pengundi di Hulu Selangor adalah orang Melayu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

"Apa yang perlu difikirkan adalah calon popular yang boleh buat kerja, penduduk tempatan dan berjiwa rakyat. Kami tidak mahu calon retorik yang menyusahkan penduduk setelah menang dalam pilihan raya di sini. "Banyak perubahan dan janji pilihan raya tidak ditunaikan calon terdahulu. Pengundi serik dengan keadaan ini sewajarnya semua pihak perlu pertimbangkan permintaan dan suara dari akar umbi yang mempunyai kuasa mutlak memilih wakil rakyat," katanya.

Mohd Amin Tan dari Bandar Bukit Sentosa pula berkata, BN perlu memilih calon Umno yang mempunyai peluang lebih besar untuk merampas kerusi itu, memandang pengundi India hanya 18.98 peratus.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

"Kekalahan lalu perlu dijadikan pengajaran dan sepatutnya peluang kali ini tidak perlu dilepaskan begitu saja. Hanya kemenangan bakal mengubah nasib penduduk di sini,’ katanya.

Lee Kwai Ling pula berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada calon dari Umno untuk kembali menawan Hulu Selangor. "Paling penting kerusi itu diberikan kepada Umno. Ramai calon yang berkelayakan dari parti terbesar ini. Saya optimis ramai pemimpin tempatan anak jati Hulu Selangor boleh bertanding dalam pilihan raya kecil itu,” katanya.

Wakil kaum India, Sauthi Devi Virrapan berkata, ramai pengundi yakin BN akan mendapat laluan mudah dan mampu untuk mencipta kemenangan bergaya sekiranya calon itu datangnya daripada Umno. "Saya sokong dan akan memilih calon berjiwa rakyat dan sedia menggempur musuh bagi mencari kemenangan dalam pilihan raya kecil nanti," katanya.


SILAP PERCATURAN DI HULU SELANGOR BOLEH MAKAN TUAN
Oleh Kamal Ahmad mohdkamal@bharian.com.my

2010/03/29

AWAL-AWAL lagi MIC membayangkan Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel, layak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, berikutan penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), meninggal dunia, Khamis lalu.

Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu optimis MIC tidak ada calon lain kecuali Palanivel yang kalah tipis 198 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, 8 Mac 2008 lalu. Kenapa begitu pantas beliau memberi reaksi itu sukar ditafsir di sebaliknya. Apakah beliau sudah berfikir panjang selepas terbit kenyataan berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Namun, untuk peringkat awal, pemilihan calon sesuai menjadi asas kemenangan mana-mana parti bertanding. Kesilapan percaturan mengumumkan calon akhirnya akan membawa padah, ‘makan tuan’ atau menjadi ‘peluru’ kepada lawan. Sama ada mengekalkan Palanivel yang pernah menjadi wakil rakyat di situ selama tiga penggal sejak 1994 atau keberanian untuk menukar tradisi memilih calon berdasarkan majoriti pengundi, Barisan Nasional (BN) tidak boleh silap langkah. Dengan pengundi Melayu sebanyak 53.50 peratus, Cina (27 peratus), India (19.04 peratus) dan lain-lain (0.40 peratus) siapakah yang bakal dicalonkan oleh BN dan PKR?


Akar umbi dan Umno mahu calon Umno,” kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus. Kehendak atau tuntutan itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu di mana tiga calon BN memperoleh majoriti 6,156 undi manakala Palanivel kalah 198 undi.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Rakyat tidak berapa seronok dengan MIC atau tidak berapa suka dengan calon MIC. Jadi akar umbi Umno hendak (calon dari) Umno. Kita hendak menangkan parti. Itu yang lebih utama. Kita yakin BN akan menang dengan majoriti lebih besar,” katanya.


Ditanya sama ada MIC boleh menerima kalau calon datang dari UMNO, Abdul Shukur berkata: “Dia (MIC) kena terima atas semangat BN.Se,angat 1 Malaysia”


BN menguasai ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam (Datuk Mohamed Idris Abu - 3,529 undi), Kuala Kubu Baharu (Wong Koon Mun - 448 undi) dan Batang Kali (Mohd Isa Abu Kassim - 2,179 undi) masing-masing mengalahkan calon Pas, DAP serta PKR dalam PRU ke-12 lalu.

ULASAN:
Sekiranya UMNO bersifat lemah dan hanya membiarkan calun MIC mewakili BN maka ternyatalah UMNo tidak menghormati majoriti pengundi Hulu selangor yang 80% pengundinya adalah terdiri dari orang-orang Melayu dan Cina.


Jumlah pengundi kedua-dua kaum ini terlalu besar. dan sudah tentunya kedudukan ini memberikan advantage atau kelebihan kepada PKR sekiranya mereka mengemukakan calun Melayu atau Cina. Bagi PKR mereka boleh mencalunkan sesiapa sahaja kerana parti itu parti pelbagai kaum dan bukannya diasaskan berdasarkan perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Sebaliknya jika UMNO terus membiarkan wakil MIC menjadi calon BN dikawasan itu, pastinya ia merupakan titik awal kelemahan untuk BN memenangi kawasan ini.
Pastinya UMNO akan dipandang serong, sebagai pengkhianat bangsa melayu, bacul, penakut yang mengamalkan kera dihutan disusukan manakala anak sendiri dibiarkan kelaparan.


Jika mereka katakan ingin mengamalkan konsep 1 Malaysia maka orang-orang melayu atau orang Cina seharusnya dipilih sebagai calun BN sesuai dengan majoriti pengundi di Hulu Selangor. Begitu jugalah sekiranyanya calun itu datang dari PPP ataupun dari parti gerakan, ianya masih boleh diterima walaupun calun itu keturunan India.

Ini adalah kerana kedua-dua parti itu adalah parti pelbagai kaum bukannya seperti MIC yang sememangnya asas perjuangannya hanyalah untuk memperjuangkan kepentingan kaum India sahaja. Apakah BN menganggap pengundi-pengundi Melayu dan Cina dikawasan ini akan terus menyokong parti perkauman yang bukannya mewakili kaum mereka?


Apakah BN menganggap pengundi-pengundi Melayu dan Cina dikawasan ini masih lagi seumpama katak dibawah tempurung ataupun tidak ada perasaan yang mereka selama ini dianak tirikan dan diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA.


Apakah tidak ada rakyat tempatan dari kaum Melayu dan Cina, dari parti UMNO ataupun dari MCA layak dipilih untuk menjadi calun BN?


Apakah BN masih lagi berfikir rakyat Hulu Selangor terlalu bodoh dan tidak tahu apa-apa? Apakah BN masih lagi berfikir rakyat Hulu Selangor umpama lembu yang dicucuk hidung, akan menerima dan mengundi sesiapa sahaja yang ditunjukkan oleh pempin atasan UMNO dan BN?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Aduh, duh, duh. sepatutnya kekalahan dalam PRU 2008 menjadi pengajaran dan dijadikan petunjuk yang pengundi-pengundi Hulu Selangor tidak mahukan MIC lagi. Pilihlah pula dari parti-parti lain. Itulah baru namaya 1 Malaysia. Ini tidak, konsep baru tetapi amalan tetap macam dulu tidak berubah-ubah, walaupun rakat sudah berubah.


“WHO CARES WILL WIN”


SEBAB-SEBAB PALANIVEL DITOLAK

Tuesday, 06 April 2010 11:41 AM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Umno Bahagian Hulu Selangor beriya-iya mahu metakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan alasan kononnya jika calon yang diletakan selain UMNO akan kalah kerana majoriti pengundi Melayu mahukan calon dari parti itu.

Sumber dalaman Umno dari bahagian itu memberitahu, G Palanivel yang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) hanya turun padang bermula Oktober tahun lalu dan itu pun katanya selepas perkhabaran Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas wakil rakyat itu dikhabarkan sakit.

Menurut sumber itu, G Palanivel turut tidak disukai oleh orang disekelilingnya termasuklah ahli MIC sendiri di kawasan itu.

Malah kata sumber itu, Palanivel seorang yang sukar mendengar pandangan akar umbi dan lebih suka membuat sesuatu keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan Umno di bahagian itu berhubung sesuatu isu.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

“Jangankan Umno, MIC di bahagian ini pun ada yang tidak sebulu dengan beliau dan kami tetap mahukan calon Umno dicalonkan bagi mewakili BN menjelang PRK kali ini,” katanya kepada erapakatan.com ketika ditemui minggu lalu.

Sumber itu turut memberitahu, G Palanivel hanya rapat dengan kepimpinan Umno bahagian itu selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC dan amat berbangga dengan pelbagai peruntukan yang diberikan kepada segelintir rakyat tanpa mengetahui tidak semua mereka itu menyokong beliau.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan turut membidas kenyataan Presiden MIC Samy Vellu bahawa Palanivel bekerja keras sejak tahun 2008.

“Samy Vellu seorang pemimpin syok sendiri, kami kenal Datuk G. Beliau hanya turun padang selepas menang jawatan Timbalan Presiden MIC,” katanya.