Sunday, May 2, 2010

ANALISIS

Biasalah, rumah siap pahat berbunyi!
Oleh - Tan Sri Abdullah Ahmad

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen di Hulu Selangor terus dipolemik dan dipolitikkan - petisyen dan kaunter petisyen akan berlaku. Apapun keputusan sudah dibuat oleh pengundi - untuk mengubahnya - agak sukar, tidak mustahil - tetapi bagaikan mendaki Gunung Tahan.


Apapun persepsi orang terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak, Hulu Selangor adalah satu kejayaan besar baginya: merampas kerusi Parlimen PKR tidak boleh dinafikan.


Musuh-musuhnya, kalau mereka cerdik, harus secara serius mengambil nota tindak-tanduknya. Saya telah menulis dan berucap beberapa kali bahawa Najib bukan Badawi: satu cergas, satu lembab, satu action-oriented dan satu bahan cemuhan, ejekan, 'the object of everybody's ridicule', kata teman 'speaking' saya.


Suka atau duka bak kata teman 'speaking': "Najib is more streetwise than I gave him credit for - dia telah banyak makan garam, lebih daripada saya sangka!." Hulu Selangor satu kemenangan dan rampasan yang penting, juga satu kegagalan walaupun seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib telah 'bend backward' - membengkok dan melentik - untuk mengambil hati pengundi Cina. Namun dia dan BN tetap gagal, 78 peratus pengundi Cina mengundi PKR.



BN dan UMNO tidak harus kecewa dengan pengundi Cina, mereka hanya melaksanakan hak mereka. Pengundi Cina, bukan seperti pengundi Bumiputera, mereka itu bijak. Tidak seperti pengundi-pengundi melayu yang mudah lupa dan mudah dipujuk. Seringgit dua pun dah cukup!


Mereka ada strategi tersendiri dan di Hulu Selangor tindak-tanduk mereka, sebelum dan selepas 8 Mac 2008 semuanya bersifat taktikal. Taktik atau muslihat pengundi-pengundi Cina itu untuk mencapai satu matlamat. Syabas dan tahniah untuk mereka. Pengundi-pengundi Cina itu faham mereka adalah rakyat dan oleh itu mereka berjuang untuk mendapatkan hak mereka! Syabas, syabas, teruskan perjuangan untuk mendapatkan hak rakyat.


Tegas teman 'speaking': "Tactics are the methods that you have to use to achieve what you want!" Kalau Melayu dan India dapat peruntukan RM3 juta seperti Sekolah Cina Rasa, mereka bergembira amat sangat! Itulah perbezaan antara Melayu-India dengan Cina! Tetapi bagi orang-orang Cina, itu tak ada apa-apa. itulah kehebatan Pengundi Cina.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Najib telah menghulurkan cek RM3 juta di pejabatnya kepada Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Cina Rasa dan dihadiri pemimpin-pemimpin tertinggi MCA Rabu lepas: cepat, segera, efisien: janji dilaksanakan dalam masa empat hari sahaja, satu rekod. Kalau ini berterusan electoral risks, risiko pada parti lawan dalam PRU-13, dijangka lewat 2011 atau awal 2012, amat teruk!


Di Sibu nanti (hari mengundi 15 Mei) saya kira kempen lebih mengujakan, bengis, ganas dan rakus berbanding Hulu Selangor: DAP lawan SUPP, kedua-duanya parti Cina. Pakatan Rakyat akan cuba merampas Sibu dari SUPP, komponen Cina dalam BN di Sarawak.


Sama-sama kita lihat pengaruh MCA di Sarawak. Sibu, bandar kedua terbesar di Sarawak dan rata-ratanya Cina. Andainya pertandingan sengit, undi minoriti Bumiputera akan menentu keputusannya. Kalau DAP kalah, seperti dijangka, momentum kemenangan Pakatan Rakyat dapat terus disekat tetapi kalau SUPP tumbang ia menunjukkan trend electoral politics Cina di seluruh tanah air, bukan hanya di Hulu Selangor sahaja.


kembali PRK HS
Hari Khamis, tiga hari sebelum mengundi, saya terjumpa dengan seorang penasihat kanan Najib di Damas Shopping Mall. "Tan Sri bagaimana di Hulu Selangor?" "Menang kerana Hulu Selangor telah menjelma sebagai referendum antara bos you (Najib) dan Anwar Ibrahim. Beritahu PM, it's ok..."


Dia senyum lebar, seolah-olah beban dipikulnya jadi ringan. Saya dan dua cucu masuk ke kedai buku Times. Keesokan hari saya ditemani oleh Jalil Ali, boss editorial Sinar Harian ke Hulu Selangor. Di Serendah, dua Melayu (suami isteri), mereka terus terang mahu PKR menang. "Sebab?" "Pemimpin UMNO dahsyat!...".


Seorang wanita Cina juga beritahu saya dia akan undi PKR. "Kenapa?" "Saya penyokong setia DAP." Seorang India, memakai lencana BN, berbisik: "Saya kerja untuk BN tetapi hati saya sama Anwar!" Terlintas di hati saya bahawa saya terlalu awal memberi pendapat pada penasihat Najib! Hati kembali lega dan tenang apabila di Hulu Bernam dan Batang Kali - saya kesan majoriti Melayu dan India penyokong BN.



Selepas solat Jumaat di Masjid Raja Tun Uda di Shah Alam, saya ke pejabat Sinar Harian tulis kolum untuk Ahad, hari mengundi, bertajuk 'Teruja BN menang, terkejut PKR kalah'. Subteksnya 'Perang proksi hebat antara Kamal (Najib), Zaid (Anwar), menolak PM tidak bijak' dan disiar pada hari mengundi.


BN telah menang. Janji mesti dikotakan segera - semua ikrar bukan sahaja bagi sekolah Cina, tempat yang menang pun mesti disegerakan. Kalau tidak nanti mereka merajuk! Susah pula hendak memujuk. PKR kalah tetapi undi pembangkang naik (jangan lemas dalam kemenangan). PKR kalah di Ijok 2007 menang setahun kemudian.


Wahai BN, ingat satu minggu dalam politik satu waktu yang lama. Macam-macam boleh dan bisa berlaku. P Kamalanathan, telah mulai berkhidmat, seorang anak tempatan, dia boleh melakukan lebih kerja dari bekas wakil rakyat BN yang kalah yang kini pula sudah jadi Senator dan bakal menteri pula!. Andainya Kamal tidak berkhidmat dengan baik, saya yakin dia berazam melaksanakan tugasnya sebaik mungkin, dia akan tewas dalam PRU-13.


Nama baik BN, Najib, Muhyiddin dan Dr Mahathir mesti dijaga - saya tidak pernah lihat dalam sejarah pilihan raya (saya mulai terlibat semenjak pilihan raya umum pertama Julai 1955) seorang PM, timbalannya dan bekas PM berkempen di atas satu pentas dalam pilihan raya kecil. Kamal, anda calon yang terkecuali maka jagalah nama baik anda dan penaungmu!


Bagi Zaid, 'seorang luar', tidak 'kalah'. Tanpa jentera DAP dan Pas dia mungkin kalah dengan majoriti yang lebih besar. Saya tidak nampak banyak jentera PKR bak kata 'speaking' 'not conspicuous; tidak mudah dilihat', satu kelemahan PKR yang mesti diperbaiki, jika mahu menang.


Jentera UMNO seperti biasa, dominan, DAP-Pas dominan di puak penentang. Kalau kelemahan pembangkang terutamanya kelemahan jentera PKrR itu tidak diatasi agak sukar bagi PKR merampas kembali Hulu Selangor. Hulu Selangor pilihan raya kecil Parlimen yang teristimewa. PRU-13 lain cerita pula.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Kalau Zaid serius dan saya tahu dia bersungguh dan komited, dia mesti bertanding semula di Hulu Selangor pada PRU-13, perbaiki kelemahannya dan perkukuhkan kedudukannya kerana dia telah pun meletakkan tapak yang kukuh di sana.


Orang ramai melihatnya telah di'groom'kan atau dipersediakan untuk menjadi bakal pemimpin PKR kalau sesuatu terjadi pada Anwar. Lagi pun dia dianggap oleh DAP sebagai potential PM, bakal Perdana Menteri.


Kalaulah saya Zaid, wang tak habis nak belanja, saya akan jadi parallel MP atau wakil rakyat Hulu Selangor selari dengan Kamalanathan. Kedua-duanya nampak sama padan dan bolehlah bermain 'set kedua' pada PRU-13.


Kalau ekonomi terus subur dan dapat dinikmati semua rakyat, setiap lapisan, peringkat dan lantai, Najib sukarlah hendak ditumbangkan. Kalau PKR, DAP dan PAS dapat menarik hati pengundi di luar bandar, harapan pembangkang lebih cerah kerana DAP ada 'fixed deposit' di bandar - pengundi Cina. Lebih baik bagi mereka mengembangkan sayap ke luar bandar dari berpolemik dan berpolitik tentang apa yang telah berlaku. Lihatlah ke depan!

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


No comments:

Post a Comment